Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat. Sekaligus pengesahan itu adalah pengesahan dirinya sebagai penghinat kepada para pengundinya di Kulim-Bandar bahar.
“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Tindakan beliau ini adalah berlainan dengan ahli parlimen yang lain yang mengumumkan keluar parti dan bebas. Tetapi Zulkifli terlebih dulu dipecat oleh partinya.
Zulkifli yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.
Tindakan mereka jelas telah bertentangan dengan hasrat dan kehendak rakyat di kawasan parlimen masing-masing yang memilih mereka dengan lambang parti masing-masing yang dimenangi.
Kalaulah mereka bertanding dengan labang bebas lebih awal saya pasti kesemuanya akan hilang wang deposit dan jauh sekali untuk menang. Muka mereka pun tidak dikenali dan mereka menjadi populer atas lambang parti masing-masing dalam gelombang tsunami pada tahun 2008.
Empat penghinat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).
Walaupun pada sidang akhbar setelah dia dipecat Zulkifli membayangkan dia akan menyertai PAS , tetapi kelmarin menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS. Dan begitu juga lebih awal lagi PAS telah menyatakan prinsipnya atas nama Pakatan Rakyat dan PAS sendiri yang tidak memerlukan orang seperti Zulkifli.
Tindakan beliau menyaman Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah jelas tindakan yang melangkaui semangat dan kesetia kawan dalam Pakatan Rakyat.
Semangat Mesyuwarah yang sekian lama diamalkan oleh parti diketepikan dengan menggunakan saluran yang selama ini dipertikaikan oleh beliau sendiri. Ke manalah sudahnya membuat laporan polis berbanding rakan Pakatan Rakyat yang boleh dibawa berbincang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga
Serbuan Di Johor Dan Selangor
-
*TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan
aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
dalam tiga ...
2 days ago