SharpShooter Followers

Wednesday, March 03, 2010

Tee Beng dibayar RM 2 juta

NIBONG TEBAL, 3 Mac: Para pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nibong Tebal mencabar ahli parlimen kawasan itu, Tan Tee Beng yang keluar parti kelmarin supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Timbalan Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar berkata, ini kerana rakyat memilih PKR sebagai wakil rakyat dan bukan Tee Beng secara peribadi.

“Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu, kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, sekiranya beliau anak jantan dan tidak bacul, sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta merta bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan,” ujarnya.

Tambahnya, PKR Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya lagi, pengumuman keluar parti oleh Tee Beng memang telah dijangkakan.

Ini kerana, katanya, sepanjang menjadi ahli parlimen, tindak tanduk Tee Beng sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

“Beliau telah memulakan serangan terhadap Ketua KeADILan Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap Adun Jawi.

“Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, kata Mohd Kamil, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporak-perandakan keharmonian PKR Cabang Nibong Tebal.

Tambahnya lagi, Tee Beng cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti, namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa PKR Cabang Nibong Tebal.

“Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan PKR Cabang Nibong Tebal.

“Kami mengalu-alukan kepergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti. Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi,” katanya.

Sementara itu dalam blog dari risikan Nibong Tebal mengatakan orang yang tidak berpendidikan tinggi seperti Hee Yit Fong, Adun Jelapang lebih berharga daripada anak muda yang memperjudikan nasib hidupnya yang masih panjang.

Tetapi memandangkan fungsi otak yang lemah, Tee Beng berfikiran singkat itu menerima tawaran lompat parti dengan hanya dibayar sebanyak RM2 juta.

Apalah sangat nilai sebanyak itu untuk survival hidup seorang bekas Remiser itu.

Jika dibandingkan dengan Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya telah dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/