Sinar Harian hari ini menyiarkan berita - "Jangan cuba jolok sarang tebuan," demikian kata bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin terhadap segelintir pihak yang terus melemparkan tuduhan aib berikutan keputusannya untuk melompat parti.
Menurutnya, beliau masih bersabar namun tidak teragak-agak melepaskan ‘bom’ memecahkan tembelang sebenar pihak berkenaan terutamanya pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Hentikanlah serangan politik kebencian, mengaibkan yang macam budak-budak. Ingat saya menyimpan rahsia besar yang boleh memalukan mereka, tetapi saya tidak berbuat demikian.
“Saya telah korbankan kepentingan diri dengan melepaskan jawatan dalam kerajaan dan juga parti. Saya tidak mengkhianati dan membelakangkan parti tetapi jangan cuba 'jolok sarang tebuan',” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau berkata, tidak adil pihak berkenaan menuduhnya tidak boleh melakukan kerja sedangkan beliau baru setahun jagung berkecimpung dalam politik.
“Saya sebenarnya dipelawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi ‘bidan terjun’ calon pilihan raya kawasan Penanti setelah dua calon sebelumnya tidak berani melakukannya.
"Atas dasar ingin menjaga hubungan silaturahim saya menerimanya. Saya cuba melakukan tugas sebaiknya,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Fairus menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Raof Yusoh dan beliau berdaftar sebagai ahli di kawasan Gombak.
Penyerahan sijil itu turut disaksikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain.
Mengulas mengenai peranan Mohamad Fairus di UMNO Bahagian Gombak, Abdul Raof berkata, buat masa ini Fairus tidak memegang apa-apa peranan khusus namun akan membantu UMNO dalam kerja-kerja kepartian.
Sementara itu blog Alahai Fairus...kini kembali aktif...macam mati hidup semula..di sini.
Alahai Fairus..dari UMNO kamu datang...kepada UMNO jua kamu kembali....
Fairus memang dari dulu suka mengugut, tak payah nak ugut, dedah terus saja kalau ada bukti...kenapa beliau tidak berani saman saya...saya tunggu sudah 10 bulan 9 hari...Akhbar Siasah juga sedang menunggu saman Fairus...
Alahai Fairus..sarang tebuan sudah lama dijolok ...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga
Serbuan Di Johor Dan Selangor
-
*TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan
aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
dalam tiga ...
17 hours ago