SharpShooter Followers

Thursday, March 17, 2011

1 Malaysia 1 israel dilanda wabak saman



KUALA LUMPUR: Personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaan beliau, Nor Azman Abdullah atau Baginda Minda sebagai defendan pertama dan portal berita Malaysiakini sebagai defenden kedua.

Writ saman tersebut didaftarkan oleh peguam Khairul Azam Abd Aziz dari Sarihan & Hamdan pada pukul 12.30 tengahari tadi di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berhubung kenyataan Nor Azman dalam laporan Malaysiakini bertarikh 15 Mac yang bertajuk ‘Ummi’s ex-partner threatens to ‘tell all’.

Ummi Hafilda yang ditemui media mendakwa Nor Azman berhutang sebanyak RM600,000 kepada sebuah syarikat.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan (Nor Azman) ialah anjing peliharaan Anwar,” katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan Nor Azman seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Fitnah dajal

Beliau menegaskan, “adalah menjadi impian saya untuk menegak kebenaran. Apa yang dikatakannya adalah fitnah dajal. Saya berharap melalui tindakan undang-undang, kebenaran akan terbongkar.”

Peguam beliau, Khairul Azam berkata, saman ini difailkan anak guamnya bukan kerana dia takut tetapi kerana kenyataan yang diterbitkan adalah fitnah semata.

“Norazman dan Malaysiakini menjatuhkan maruah anak guam saya sebagai seorang Muslim,” ujar beliau.

Ummi Hafilda antara lain turut menuntut injunksi yang melarang kedua-dua defenden secara sendiri atau melalui wakil daripada terus mengucap, menulis atau menyebar artikel fitnah.

Selain gantirugi am sebanyak RM100 juta, beliau turut menuntut ganti rugi teladan dan gantirugi teruk padar kadar faedah 8% setahun, kos dan lain-lain relif.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/