SharpShooter Followers

Thursday, March 17, 2011

Bantahan projek nuklear berterusan

Kerajaan digesa segera membatalkan rancangan untuk memajukan tenaga nuklear dan pembinaan empangan besar kerana jumlah kapasiti bekalan elektrik negara kini mencukupi.

NONEMenurut, presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris, berdasarkan apa yang berlaku di Jepun, membuktikan bahawa malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Pada masa ini, jumlah penggunaan elektrik Malaysia adalah dianggarkan 14,000 megawatt (MW) tetapi negara mempunyai kapasiti bekalan sebanyak 23,000 MW. Ini memberikan Malaysia margin yang amat selesa memandangkan sasaran kerajaan hanya 20 peratus ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear adalah antara yang mampu mengakibatkan malapetaka kemalangan.

Justeru, mana-mana negara dengan aspirasi nuklear perlu mempertimbangkan risiko bencana kemalangan sebagai sumbangan negatif utama teknologi ini.

Kemampuan Malaysia

“Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani keadaan malapetaka seperti kebocoran reaktor atau kebakaran loji dan kesannya yang mungkin melampaui ruang dan masa?

“Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini, sedangkan alternatif tenaga yang lebih murah dan selamat adalah wujud?” soalnya.

NONESM Mohamed berkata meskipun Malaysia tidak terletak dalam lingkaran api Pasifik atau Alpide Belt, ia tidak bermakna bahawa negara selamat daripada bencana alam.

Katanya, plat tektonik sentiasa bergerak dan kemungkinan akan tiba masanya pada masa hadapan Malaysia turut di dampingi malapetaka semula jadi.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas dunia yang telah menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami akibat daripada bencana alam,” katanya.

Menurut beliau, di seluruh dunia, orang ramai telah menyedari bahawa terdapat alternatif kepada nuklear dan empangan besar yang lebih selamat, murah dan boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin.

Ditolak penyokong tenaga nuklear

Namun SM Mohamed berkata potensi Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy - RE) sebagai sumber tenaga yang mapan di Malaysia ditolak berulang kali oleh penyokong tenaga nuklear berdasarkan analisis berat sebelah dan terpilih di pihak mereka.

NONE“Kami percaya dengan rangka kerja peraturan yang berkesan dan sempurna dan fiskal yang betul untuk RE, ia boleh menyumbang dengan berkesan kepada rizab tenaga Malaysia, seterusnya menyangkal keperluan untuk melabur dalam tenaga yang kotor, berbahaya dan mahal seperti nuklear,” katanya.

Menurutnya, satu cara lagi untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan memperbaiki kecekapan tenaga (energy efficiency - EE) dalam semua sektor.

“Pada hakikatnya, EE merupakan salah satu objektif Dasar Tenaga Negara yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

“Usaha oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan kecekapan tenaga perlu ditingkatkan kerana ia bergerak terlalu perlahan,” katanya.

Menurut SM Mohamed, di samping itu, tenaga mampu diri (self-sufficiency) adalah jaminan terbaik sekuriti tenaga.

dams hydroelectric dams 290609“Ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan tenaga boleh diperbaharui yang mapan pada skala penjanaan mikro, kecil dan sederhana, menurut sumber tempatan yang diperolehi, supaya tenaga digunakan pada titik penjanaan, menjimatkan sehingga 69 peratus daripada tenaga yang hilang melalui pengaliran elektrik jarak jauh daripada loji tenaga berpusat besar dan pengeluaran karbon berkaitan.

“Akhir sekali, menggabungkan langkah kecekapan tenaga (EE) dan tenaga diperbaharui (RE) untuk memenuhi permintaan tenaga akan menghapuskan sebarang justifikasi bagi tenaga nuklear dan empangan besar,” katanya.

Sharpshooter - Mengapa mat sembab beria-ia sangat nak projek nuklear? Che Det pun tak sokong...tetapi mengapa nak juga projek nuklear....sifirnya mudah...bukan sebab untuk rakyat tetapi kerana nak jaga kroni.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/