Datuk Dr. Shuib Saedin, 54, dikenakan hukuman tersebut oleh Hakim Zainol Saad dengan alasan kesalahan itu serius dan melibatkan kepentingan awam.
Shuib yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka membayar denda itu. Ini merupakan kes pertama kesalahan seperti itu didakwa di mahkamah di negeri ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengendalikan sebuah klinik perubatan swasta, Klinik Shifa di Bukit Selambau, dekat sini yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998.
Shuib didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.40 malam, 22 September tahun lalu di Klinik Shifa, Gerai No. 1, pekan Bukit Selambau, dekat sini.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1) akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama. Seksyen berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Perubatan Kedah telah menyerbu klinik perubatan itu yang sedang beroperasi-Utusan Meloya
Sharpshooter - Dr Shuib adalah calon umno b-end N27 Pantai Merdeka pada PRU12 menentang calon PAS mewakili Pakatan Rakyat. Berikut adalah keputusan pilihanraya PRU 12.
1. Abdullah Jusoh (Pas) (11,654)2. Datuk Dr. Shuib Saedin (BN) (11,151)
Majoriti: 503
Jumlah undi: 23,101
Peratus mengundi: 67.1%
Undi rosak: 296
Penyandang: Datuk Dr. Shuib Saedin (BN)
(Majoriti: 2,661 undi)
Mengapa Utusan Meloya tidak tulis dan sebut beliau adalah adun umno.....malu semalu malunya agaknya....cuba bayangkan jika kes seperti ini adalah adun Pakatan Rakyat...gegak gempita jadinya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/