SharpShooter Followers

Tuesday, March 08, 2011

Alahai kak ROS kita...

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti.

“ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS,” kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi.

Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik.

“Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan).

“Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS,” katanya.

Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan.

“Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,”ujarnya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/