SharpShooter Followers

Sunday, March 20, 2011

Apalah ertinya Utusan berwajah baru jika isinya tetap sama

JOHOR BAHRU 19 Mac - Peka dengan kehendak pembaca yang sentiasa inginkan kelainan serta pembaharuan terutama golongan muda, akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia diberi nafas baru agar sentiasa segar dan dinamik, sejajar perkembangan semasa.

Lebih segar, lebih cantik dan lebih hebat - itu gambaran keseluruhan wajah baru kedua-dua akhbar tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu majlis yang cukup meriah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan; Datuk Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ahmad Zahari Jamil; Konsulat Jeneral Republik Singapura, Tham Borg Tsien dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri turut meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung itu bermula pukul 10 pagi dengan persembahan tarian zapin sebelum acara kemuncak mendedahkan wajah baru akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia disempurnakan oleh Abdul Ghani.

Dengan penampilan wajah baru serta penambahbaikan kandungan yang lebih santai dan ringan tetapi berkualiti tinggi, tagline Utusan Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Penyebar Fikiran Rakyat kini diubah kepada Pemangkin Fikiran Rakyat.

Sharpshooter - apa ertinya berwajah baru tetapi isinya tetap berulat.

Dulu umno diharamkan kemudian lahir umno baru, ada beza tak? Jwbnya mudah..tidak ada beza..

Kita mungkin dianggap bodoh kerana tidak membeli dan membaca Utusan tetapi jika kita sanggup membeli Utusan untuk kita diperbodohkan, itu terlebih bodoh namanya...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone