TMI -Video seks: Ummi dakwa tahu dalang, ada 18 klip lagi
“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.
Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.
“Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.
“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.
Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.
Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen.
Kini BN bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum dijangkakan tahun ini.
Menurut laporan semalam, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar, Ketua Pembangkang, berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Anwar membuat laporan pagi semalam berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara, kelmarin.
Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.
Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu, yang bertarikh 21 Februari, kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Sharpshooter - Siapa dalang? siapa jalang? siapa jembalang? siapa temberang? Maklumat yang sharpshooter terima semalam adalah musuh lama Anwar yang berdendam hingga kini.
Dua pimpinan Keadilan telah diberi peluang melihat video tersebut dan ternyata bukan Anwar, wajahnya mirip Anwar tetapi perutnya buncit macam Zahrain hahaha..
Biarlah petang ini pimpinan tersebut, buat kenyataan media di Pejabat Keadilan Pusat dan beliau akan terangkan segalanya tentang siapa dalangnya, siapa jalangnya, siapa jembalangnya...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/