Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.
"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.
"Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.
Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.
"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya.
Sharpshooter - Orang yang suka mencuri, OTAKnya juga fikir orang lain pun akan mencuri sepertinya juga. Orang yang suka berbohong, OTAKnya juga akan fikir orang lain juga berbohong sepertinya juga. Orang yang melakukan rasuah, OTAKnya juga akan fikir orang lain juga lakukan rasuah sepertinya juga. Orang yang suka menabur fitnah, OTAKnya juga akan fikir orang lain pun suka menabur fitnah sepertinya juga. Orang yang suka bersumpah kerana politik, OTAKnya juga akan fikir orang lain juga akan bersumpah sepertinya juga.Itulah lumrah manusia di atas muka bumi ini yang majoritinya membuat pertimbangan menggunakan neraca atas dirinya sendiri. Jika dia perogol, OTAKnya juga akan fikir orang lain juga adalah perogol sama sepertinya.
Jika senatak raja sesumpah kerjanya bersumpah pagi petang siang dan malam kerana politik, maka dia akan fikir Anwar pun akan bersumpah kerana politik sama sepertinya. raja sesumpah sebenarnya telah menjilat ludah kahaknya semula dan kini tersedak kerana kahaknya terlekat di kerongkong ....eeeee....khiaaakk....ptuihhh......
Jauh beza sikap Chegubard dengan senatak raja sesumpah. Chegubard memang kuat dengan prinsipnya, biarpun beliau dituduh dengan macam-macam tuduhan oleh musuh dalam partinya sendiri kerana menolak tawaran jawatan Penolong Setiausaha Agong, kerana terlalu mendesak tentang penipuan dalam pemilihan, biarpun Anwar sendiri adakalanya kurang senang tindakan Chegubard, tetapi Chegubard terus tabah dan terbukti Chegubard sanggup menyatakan kebenaran dengan menafikan Anwar adalah hero pelakon bintang porno dalam video lucah seperti Chua Soi Lek pujaan raja sesumpah.
Syabas Chegubard....teruskan perjuangan...anak muda dahagakan kepimpinan seperti anda...benarkah desas desus Chegubard akan menyertai DAP atau PAS selepas ini? Kita berehat seketika...kita minum dulu... bersambung pada episod akan datang :-)
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/