Mengikut paparan twitter pemimpin KEADILAN itu, bilik stor dan dapur rumahnya turut diselongkar.
“Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
“Dapur juga. Cari makankah?” sindir beliau.
Beliau melalui twitter itu, dengan mengambil kira kejadian itu mengkritik statistik jenayah menurun.
Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya.
Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.
Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.
Sharpshooter - Takziah dan simpati dengan apa yang berlaku. Ini adalah kali kedua rumahnya dipecah. YB Chang Lih Kang bercadang mahu mengakhiri zaman bujangnya tahun ini. Semoga bila sudah berkahwin nanti, rumah akan lebih selamat dan YB akan hidup dengan lebih bahagia.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/