SharpShooter Followers

Thursday, March 10, 2011

Petanda Pilihanraya awal

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yakin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak Ahad lalu adalah petanda awal untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa ini kerana, kemenangan di DUN Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka akan menjadikan BN semakin selesa dan akan menetapkan pilihan raya umum ke-13 diadakan seawal mungkin.

“Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum ke-13. Gerak kerja tersusun di setiap peringkat perlu kita mulakan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Wan Azizah berkata kemenangan BN di kedua-dua DUN berkenaan telah dijangka selain pihaknya menyedari dua DUN Merlimau dan Kerdau adalah kubu kuat BN.

Pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

Di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.

Eloklah buat persediaan awal.... boleh order bendera sekarang...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/