Presidennya, Edwin Dundang berkata, Snap bagaimanapun tetap berharap agar PKR tidak meletakkan calon di 16 kerusi yang ingin ditandingi mereka.
Katanya, pada masa sama perbincangan lanjut mengenai isu itu akan terus dilakukan dan oleh itu tidak timbul kononnya Snap kini berbalah dengan PKR.
''Kita dan PKR tidak ada gaduh. Hubungan dalam pakatan pembangkang masih baik dan kita memperjuangkan keinginan bersama untuk menawan Sarawak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada sidang akhbar Selasa lalu, Dundang menyatakan kesediaan Snap untuk berdepan dengan PKR jika parti itu tetap berhasrat meletakkan calon di kerusi yang ingin ditandingi mereka.
Sementara itu, Dundang berkata, langkah ini diambil kerana mahu memastikan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
''Kita masih ada perbincangan dengan PKR, pihak yang mendakwa Snap dan PKR bergaduh itu bukannya daripada pihak kita tetapi musuh politik kita (BN)," ujarnya.
Ditanya sama ada kenyataannya hari ini membayangkan tidak akan berlaku pertembungan antara calon Snap dan PKR pada pilihan raya negeri akan datang, Dundang berkata:
''PKR dan Snap akan mengadakan perbincangan dalam tempoh dua minggu lagi, jadi saya tidak mahu menjawab bagi pihak mereka (PKR).''
Sharpshooter - Keadilan usah terlalu tamak di Sarawak, apa ertinya Keadilan bertanding 52 kerusi tetapi semuanya kalah. Adalah tidak adil jika permohonan 16 kerusi oleh SNAP, hanya 3 kerusi sahaja dibenarkan sedangkan SNAP adalah parti tempatan di Sarawak.Pilihanraya kecil Batu Sapi telah terbukti tidak ada siapa yang untung bila Keadilan gagal berunding dengan SNAPP yang akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru yang terbukti calon BN menang. Akibatnya krisis dalaman Keadilan di Batu Sapi kian meruncing.
Bagaimana kita mahu menawan Putrajaya jika parti tempatan di Sabah dan Sarawak tidak bersama Pakatan Rakyat. Mereka akan anggap mereka dianak tirikan. BN akan guna isu mudah dalam pilihanraya, mereka akan mainkan isu bahawa parti Keadilan parti Semenanjung bukan parti Sarawak. Sentimen anti Semenanjung masih kuat di Sarawak sebab itu umno tak mampu bertapak di Sarawak hingga sekarang.
SNAP akan berkata, di manakah lagi kami akan bertanding jika kami tidak diberi peluang bertanding di Sarawak? SNAPP juga pernah pernah berkata...di manakah lagi kami akan bertanding jika tidak diberi peluang bertanding di Sabah?
Apa salahnya jika Pakatan Rakyat umum Ketua Menteri Sabah dan Sarawak adalah dari parti tempatan Sabah dan Sarawak yang bersama Pakatan Rakyat. Ini adalah satu strategi untuk menawan Putrajaya. Seperti juga di Semenanjung, Pakatan Rakyat tidak mungkin berjaya menawan 5 negeri jika Keadilan, PAS dan DAP berbalah dan akhirnya berlaku pertembungan tiga penjuru.
BN sudah pasti ternanti-nanti pertembungan tiga penjuru kerana mereka tahu, BN akan menang dengan selesa kerana pengundi yang benci BN akan berpecah.
Inilah masa Keadilan perlu pulihkan imej yang tercalar teruk dengan isu 11 katak sumpahan, isu pemilihan yang tak berkesudahan, inilah masanya untuk pulihkan imej dan keyakinan rakyat kepada Parti Keadilan Rakyat.
Anwar Ibrahim sewaktu berucap di Kongres P.Pinang, beliau pernah mengambil mutiara kata Mahatma Gandhi "The world has enough for everyone's need, but not enough for everyone's greed..." eloklah dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk realiti....
Semoga rundingan akan selesai di antara Keadilan dan SNAP di Sarawak dan tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru yang memang terbukti hanya BN yang untung. Semoga Pakatan Rakyat dapat menawan Sarawak.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/