SharpShooter Followers

Tuesday, March 15, 2011

Kursus Pertanian 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Y.B. Dato'/Y.Bhg.Dato'/Y.Bhg.Datin/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


Dilampirkan Kalendar Kursus bagi Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang Tahun 2011. Borang dan kalendar kursus juga boleh diperolehi dari laman web Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ( http://jpn.penang.gov.my ).


Permohonan kursus boleh dibuat kepada Seksyen Latihan (Ibupejabat) atau Pejabat Pertanian Daerah melalui borang yang telah disediakan di sana atau memuat turun dari laman web jabatan atau melalui surat permohonan rasmi kepada Jabatan Pertanian Negeri (permohonan dari jabatan/agensi kerajaan sahaja). Penyertaan adalah terhad.

Sekian, terima kasih.

(NOR WAHIDA BINTI HASSAN)
Jabatan Pertanian Negeri
Pulau Pinang
Tel: 04-537 2145 ext 110
Faks: 04-537 2150

Emel: norwahida@penang.gov.my


BAGAIMANA CARA MEMOHON

Tuan / Puan perlu mengisi borang permohonan yang dilampirkan di mana-mana Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan yang berdekatan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak Tuan / Puan boleh menghubungi pegawai berkenaan melalui surat, faks, atau telefon di alamat dan talian seperti berikut:

Seksyen Latihan


Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
Jalan Kulim, Cherok Tok kun
14000, Bukit Mertajam
Faks: 04-537 2150
Email:jpnpp@penang.gov.my

Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Utara
Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas
Tel: 04-575 3487

Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah
Pusat Pertanian Cherok Tok Kun
14000, Bukit Mertajam
Tel: 04-530 2493

Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan
Bangunan Pejabat Kerajaan
14200, Jawi, Seberang Perai Selatan
Tel: 04-582 6824

Pejabat Pertanian Kawasan Sungai Acheh
14310, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan
Tel: 04-598 2866

Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Nipah, Genting,
11020, Balik Pulau, Pulau Pinang
Tel: 04-866 8429

Pejabat Pertanian Daerah Timur Laut
Pusat Pertanian Relau,
11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-646 5894

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1) Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh kursus.

2) Keutamaan peserta adalah terdiri dari petani yang telah memulakan projek pertanian.


3) Peseta yang berjaya akan dihubungi melalui telefon.


4) Kursus terhad kepada 30 orang peserta sahaja.


5) Peserta yang terpilih adalah wajib menghadirkan diri di sepanjang tempoh kursus dijalankan.


6) Setiap peserta kursus dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15.00 KECUALI peserta kursus petani pelapis.


7) Peserta dikehendaki menyertakan bersama satu (1) salinan kad pengenalan semasa menghantar borang permohonan kursus.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com