Lebih kurang jam 10.30 malam ribut telah melanda flat Taman Bukit Minyak di Kawasan Dun Bukit Tengah Parlimen Batu Kawan.
Sebanyak 10 buah rumah bumbung flat telah terbang dan lebih malang telah menimpa 4 buah kereta.
YB Ong Chin Wen kebetulan berada di Taiwan mengikuti lawatan Kerajaan Negeri P.Pinang sejak hari Ahad dan akan pulang pada hari Sabtu. Beliau telah bersetuju untuk memberi bantuan segera RM500 untuk satu keluarga.
Sharpshooter selaku pembantu YB terus menghubungi Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan mangsa ribut manakala Skuad Khas MPSP untuk membersih kawasan.
Malam ini semua mangsa terlibat akan berbincang di Pusat Khidmat Adun Bukit Tengah untuk menangani masalah mereka.
Mereka perlukan tempat tinggal sementara untuk membaik pulih bumbung flat rumah mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang Diadakan Di Dewan Dato’
Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini
-
*KUANTAN: *Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy
Wan Ism...
1 day ago