BAYAN BARU-Kekalahan teruk pasukan Pulau Pinang menentang Johor sabtu lalu mengundang persoalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, (FAP) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim adakah perlawanan Pulau Pinang selama ini dijual sehingga menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada kempen Piala FA.
Zahrain berkata, beliau hairan dengan prestasi yang ditunjukkan pemain Harimau Kumbang yang gagal menyerlah walaupun kesemua pemain telah berjanji kepadanya untuk bermain dengan penuh komitmen pada musim ini.
“Saya pun tak faham kenapa mereka tidak boleh bermain dengan baik sehingga tewas ke tangan Johor 5-1.Kalau terlepas satu atau dua gol itu saya boleh terima lagi tetapi kali ini lima gol berjaya lolos ke gawang Pulau Pinang.
“Mesti ada sesuatu yang tak kena tapi saya tak mahu menganggap bukan-bukan tetapi saya takut permainan itu dijual sebab Pulau Pinang terkenal dari dulu dengan penyakit jual ‘game’ .Sebelum permainan itu mula kita dah tahu akan ada jaringan,”katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan kepada penduduk di Bukit Gedung disini kelmarin.
Sehubungan itu, Zahrain berkata, FAP akan memanggil jurulatih dan kesemua pemain bagi menyiasat masalah sebenar yang dihadapi sehingga mereka gagal memberikan permainan yang menyerlah dalam setiap perlawanan piala FA musim ini .
“Saya berharap anggapan saya mengenai jual perlawanan ini tidak terjadi lagi dalam pasukan Pulau Pinang dan meminta jurulatih dapat memberikan penjelasan bagi mengkaji apa kelamahan kita,”katanya.
Beliau juga akan memecat mana-mana pemain yang didapati "menjual game"
Sementara itu dalam perkara lain, Zahrain berkata, FAP akan menubuhkan pasukan Pulau Pinang 1 Malaysia yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 April nanti.
Menurutnya,Pulau Pinang seharusnya berasa bertuah kerana Perdana Menteri sudi meluangkan masa untuk melancarkan kelab baru itu dan berharap dengan sokongan Perdana Menteri akan dapat membangkitkan lagi semangat pasukan seterusnya menaikan nama Pulau Pinang sebagai antara pasukan yang digeruni lawan.
Zahrain yang ditanya, adakah kerjasama yang dilakukan dengan Kerajaan ini adalah untuk menampung perbelanjaan FAP yang selalu bermasalah, beliau berkata, sehingga kini pasukan Pulau Pinang tidak pernah mendapat satu sen bantuan daripada Kerajaan Negeri sejak Kerajaan DAP memerintah negeri ini.
Sharpshooter - Alahai katak zahrain....pemain P.Pinang juga hairan bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek 40 juta?
Pemain P.Pinang juga hairan bagaimana zahrain masih boleh terus buat muka tebal setelah bertukar menjadi katak onn sedangkan perlantikkannya sebagai presiden FAP dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika zahrain ada maruah, sepatutnya beliau yang meletak jawatan bukannya membuat kenyataan akan pecat pemain.
Zahrain bab pecat memang pandai, dulu sharpshooter pun mahu dipecat kerana muncul di TV3 bongkar kes kuari menyebabkan orang kanannya didenda 2 juta lebih. Apabila kerajaan negeri P.Pinang buat siasatan tentang penipuan royalti kuari, mereka didenda dan kerajaan negeri P. Pinang mendapat 12 juta lebih, zahrain amat marah kerana orang kanannya didenda 2 juta lebih.
Lebih menghairankan mengapa orang kanan zahrain masih bersama Keadilan P. Pinang. Apa jaminan maklumat tidak bocor kepada zahrain? Pemilihan di Bayan Baru tahun lalu jelas menunjukkan campur tangan zahrain hingga pembantu khas zahrain juga turut hadir dalam pemilihan di Bayan Baru. UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
4 hours ago