“Jika perkara sekecil ini pun tak mampu dilaksanakan, usah bicara soal reformasi politik.
“Sudah tiba masanya, kerajaan menghapuskan undang-undang serta peraturan yang menyimpang dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.
“Jika ia tidak dan dilaksanakan, ini semua akan menjadikan Barisan Nasional rejim yang anti demokratik,” kata Nurul Izzah dalam ucapannya pada perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Izzah memaklumkan, pada forum anjuran Bersih bulan lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui menjelang pilihanraya umum 2008, SPR mempunyai kuasa untuk terus melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sekalipun Kabinet ketika itu mengarahkan pembatalan atas alasan keselamatan.
Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) yang turut mencelah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, Pengerusi SPR pada waktu itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Abdul Rahman telah menerima surat daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengugut supaya tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal.
Terdahulu sebelum itu, Nurul Izzah dalam ucapannya menuntut agar Dewan Rakyat pada perbahasan kali ini meluluskan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM serta Akta Pemansuhan Uundang-undang Darurat 2011.
Selepas 54 tahun merdeka, Izzah mendedahkan, Malaysia masih lagi tidak memansuhkan 4 perisytiharan Undang-undang darurat iaitu Deklarasi Darurat Konfontasi Indonesia-Malaysia 1964, perisytiharan darurat di Sarawak pada tahun 1966, perisytiharan darurat ketika Rusuhan 13 Mei 1969 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada tahun 1977.
“Akta Darurat ini pada asalnya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Namun selepas itu, kerajaan yang berpembagaan kembali mentadbir.
“Persoalannya, mengapa kerajaan masih tidak menarik balik undang-undang ini? Kita telah melihat sebelum ini banyak rejim yang menggunakan Akta Darurat untuk menyekat suara rakyat,” kata Izzah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/