SharpShooter Followers

Sunday, March 06, 2011

Samakan TG Nik Aziz dgn Ayah Pin terlalu biadap

Utusan Meloya - KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.

"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.

Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.

"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya.

Sharpshooter - Menyamakan Tuan Guru Nik Aziz sama dengan ayah pin adalah terlalu biadap. Adalah terlalu berbeza ayah pin dengan TG Nik Aziz.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah mengeluarkan Fatwa ajaran Ayah Pin seperti berikut :-

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada
ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran
Ayah Pin tersebut.

Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997

Keterangan Antaranya :

1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

Adakah mana-mana mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan TG Nik Aziz sesat? jawapannya tidak ada, cuma "mufti" Che Det sahaja yang tidak henti-henti menyerang TG Nik Aziz.

Salahkah sebagai umat Islam kita diingatkan tentang hukum islam dalam soal memilih pemimpin? Ini bukan ajaran Nik Aziz tetapi ia adalah ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Adakah kita menolak ajaran Nabi Muhammad S.A.W hanya kerana politik kepartian?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/