SharpShooter Followers

Wednesday, March 23, 2011

Gambar-gambar terkini serangan Amerika ke atas Libya

Amat sedih dengan apa yang menimpa rakyat Libya. Pemimpin Gaddafi terlalu angkuh dan sombong. Sepatutnya pemimpin menjaga rakyat bukannya membiarkan negara dan rakyat terus musnah diserang Amerika dan sekutunya.

Akhirnya rakyat juga yang menderita. Rakyat juga yang sengsara. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rakyat hilang tempat tinggal, pekerjaan dan perniagaan.







Ini kenyataan sombong - Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan akan terus berjuang dan memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa mereka akan muncul dengan kejayaan dalam peperangan terhadap pemberontak dan perikatan antarabangsa.

“Kita akan capai kejayaan di akhir nanti,” kata Muammar dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen Libya semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton berkata, Muammar dan sekutunya kemungkinan menerokai opsyen untuk menerima keputusan dibuang negara walaupun tidak jelas sama ada pemimpin tersebut dengan serius akan berbuat demikian.

“Sebahagiannya adalah drama,” kata beliau kepada ABC News dalam temu bual sambil menambah, Amerika Syarikat sedar ada pihak sedang berusaha bagi “pihak Muammar” untuk menilai opsyen-opsyen yang ada.

“Kebanyakannya adalah cara beliau bertindak. Ada yang tidak boleh diramal. Tetapi sebahagiannya, kami merasakan, sedang diterokai. Anda tahu, apakah opsyen-opsyen yang saya ada, ke mana saya boleh pergi, apa yang boleh saya lakukan. Dan, kami akan menggalakkan yang itu,” kata beliau lagi. — Reuters

Lagi gambar serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Libya












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/