Sidang video semalam, Anwar menegaskan betapa jijik dan kotor serta lucah politik di Malaysia. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Ke manakah kita mahu bawa sebenarnya politik Malaysia untuk generasi muda? politik sex dan lucah? Mengapa tergamak lakukan perkara jijik dan lucah semata-mata untuk selamatkan kuasa politik?
Jelas video ini bermotifkan politik kerana mendesak Anwar dan Kak Wan meletak jawatan. Kalau bukan politik kenapa mahu Anwar dan Kak Wan letak jawatan. Mengapa ia ditimbulkan sewaktu Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan?
Terdahulu ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, ketika Anwar mahu bertanding, timbul isu fitnah liwat Sialfool. Mengapa perkara ini timbul ketika pilihanraya? sifirnya mudah sebab politik jijik dan kotor mahu menjatuhkan dan mengaibkan Anwar.
Najib ketika itu juga menafikan beliau kenal Sialfool tetapi selepas kita bongkar gambar Sialfool pernah hadir ke pajabatnya, tergagap Najib menjawab dan ternyata najib berbohong.
Sumber dari blog Milo Suam pula mendedahkan jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.
Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].
Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].
Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.
Sebelum ini gerombolan songkok tinggi bersusah payah nak timbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim seorang yang ketagih dubur lelaki, seorang yang pantang nampak lelaki jambu. Tapi kali ini mereka bersusah payah pula nak buktikan Anwar sebagai suka melanggan pelacur.
ReJaM© "Nampaknya pereka konspirasi video ini, tak cukup bijak mencipta waktu Anwar melakukan hubungan seks he he he..."
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/