Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar sepatutnya menjawab segala apa yang didakwa oleh Ummi Hafilda.
"Anwar tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Ummi tetapi menuduh Ummi dibayar oleh BN... siapa yang bayar?" katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di sini.
Muhyiddin berkata BN tidak menjemput Ummi Hafilda untuk berkempen dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Kerdau tetapi ahli perniagaan itu hadir bagi memberi penjelasan berkenaan apa yang beliau ketahui mengenai Anwar dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga abangnya.
Semalam dalam beberapa ceramah Anwar diadakan bersebelahan atau bertentangan dengan lokasi ceramah Ummi Hafilda.
"Dia (Anwar) dah di situ, dia jawab dengan jelas mengatakan itu fitnah, jadi jangan kaitkan dengan BN.
"Kita pun tidak jemput Ummi Hafilda tetapi dia datang untuk memberi penerangan. Dia ada pengalaman, sejarah dan pertalian darah dengan Azmin, jadi apa yang disebutkannya pastinya ada asas yang Ummi (Hafilda) sendiri lebih tahu," katanya.
Semalam Ummi Hafilda berkata tindakannya berceramah di situ adalah bagi membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh Anwar.
Mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN "merasuah" penduduk Kerdau, Muhyiddin berkata segala projek pembangunan yang dilaksanakan di Kerdau ketika ini adalah bagi memenuhi tanggungjawab kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan semua pihak.
Beliau berkata tanggungjawab kerajaan membangunkan sesuatu kawasan bukanlah hanya dibuat ketika adanya pilihan raya.
"Semua yang dibuat kerajaan untuk kebaikan dan kebajikan am, bukan individu tertentu, dan saya tidak fikir ianya ditakrif sebagai rasuah," katanya.
Pada majlis itu Muhyiddin meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membina masjid baru di Kampung Badok.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga meminta penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diingatkan agar tidak merencatkan usaha pembangunan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memilih wakil rakyat yang salah.
Muhyiddin berkata rakyat seharusnya memilih calon yang boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pusat untuk mempermudahkan menyelesaikan masalah dan keperluan mereka.
"Maka adalah lebih elok memilih calon yang boleh bekerjasama dengan pimpinan negeri dan pusat untuk mempermudahkan urusan membantu rakyat daripada segi ekonomi, prasarana, pendidikan, perubatan dan kesihatan dan sebagainya.
"Saya lihat masih ada ruang kawasan Kerdau ini untuk dimajukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di Rumpun Makmur di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata beliau yakin pengundi di kawasan Kerdau memahami segala tindakan kerajaan khususnya usaha transfromasi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bertujuan membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat.
Justeru, kata beliau rakyat perlu menterjemahkan kefahaman itu dengan menyokong calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
"Bila kita memangkah (calon BN) maknanya kita sokong usaha untuk memerangi jenayah, kita sokong usaha memperbaiki pendidikan, infrastruktur," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan jentera BN agar bekerja lebih keras dalam tempoh 48 jam terakhir berkempen.
"Tempoh 48 jam ini kritikal, dulu kita memperoleh majoriti besar tetapi jangan abaikan kecenderungan pada tempoh terakhir ini," katanya.
Sharpshooter - Siapa percaya mat sembab kata bn tak jemput umi hafilda dan bn tak rasuah pengundi, angkat tangan cepat...hahahahaha..
Sementara itu, Azwan Ali mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.
Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.
"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.
Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone