Yb Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah menutup tirai 2010 dan membuka tirai 2011 dengan menyampaikan bantuan PUZ kepada 410 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dalam Kawasan Dun Bukit Tengah.
FLAT BAYU MTIARA.
Pada 30 Disember 2010 8.30 malam, Yb Ong Chin Wen bertemu muka bersua wajah bersama penduduk Flat Bayu Mutiara di Dewan Flat Bayu Mutiara. Pastinya pertemuan ini dapat meringankan sedikit bebanan ibubapa ketika musim persekolahan baru tahun 2011.
Seramai 19 pelajar Islam menerima bantuan PUZ di Flat Bayu Mutiara berupa beg, alat tulis, kotak pensil, baju, seluar, tudung, stokin dan kasut. Manakala 30 pelajar bukan Islam menerima beg dan alat tulis sumbangan peribadi Yb Ong Chin Wen.
Syabas kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Bayu Mutiara, Puan Shafiqah Shobha yang amat gigih bersama suaminya Anuar yang tidak pernah jemu-jemu membantu penduduk Flat Bayu Mutiara yang kurang kemampuan. YB Ong Chin Wen turut memberi kalender 2011, suara CAT dan risalah Kerajaan Negeri P.Pinang.
JKKK SG SEMILANG
Pada 31 Disember 2010, jam 3.30 petang, YB Ong Chin Wen yang juga merupakan Exco AMK Pusat yang baru telah menyampaikan bantuan persekolahan PUZ (beg, alat tulis, kotak pensil, pakaian seragam sekolah, stokin dan kasut kepada 99 pelajar Islam yang rata-ratanya adalah anak nelayan di Sg Semilang dan Kuala Juru.
Bantuan ini disampaikan di rumah Pengerusi JKKK Sg Semilang, Pak Munir (berkopiah) kerana Sg Semilang masih belum mempunyai dewan. InsyaAlllah tahun 2011 akan selesai masalah dewan di Sg Semilang.
Hari ini pada 1 Januari 2011, YB Ong Chin Wen akan berada di Kg Tok Panjang jam 9.00pagi, Kebun Sireh jam 11pg, Kg Sekolah jam 3.00ptg, Jalan Pengkalan 5.00ptg dan Taman Pelangi 6.00ptg untuk menyampaikan bantuan PUZ. Jumlah keseluruhan yang menerima bantuan tersebut adalah 410 pelajar kurang kemampuan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago