SharpShooter Followers


Tuesday, November 20, 2012

BELANJAWAN BERIMBANG 2013 NEGERI SELANGOR ADALAH MANIFESTASI KEJAYAAN PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT

JINGGA 13 Selangor merakamkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor yang terus secara konsisten berjaya membentangkan belanjawan berimbang 2013 untuk tahun ke lima berturut-turut berteraskan tema 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' adalah merupakan manifestasi kejayaan, ketelusan serta profesional dalam menjalankan amanah majoriti rakyat Selangor .

Peruntukan sejumlah RM1,630 juta yang meliputi Perbelanjaan Mengurus iaitu 61% dan Perbelanjaan Pembangunan sejumlah 39% akan mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan ke arah menjana kepentingan kebajikan dan kebaikan kepada rakyat dan negeri mengikut agenda Ketuanan Rakyat .

JINGGA 13 Selangor melakarkan ucapan syabas di atas beberapa usaha secara serius Kerajaan PR Negeri Selangor dalam menyelesaikan pelbagai polemik hasil peninggalan Kerajaan UMNO Negeri Selangor yang ternyata gagal dan bersifat retorik. Tindakan memperuntukkan RM 300juta bagi mempersiapkan pembinaan jambatan ketiga di Bandar Klang akan membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang akan mengurangkan kesesakan lalulintas, sedangkan tanggungjawab membina jambatan tersebut adalah di bawah Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh UMNOBN tetapi gagal dalam merealitikan segala janji yang telah dibuat kepada warga Klang.

JINGGA 13 benar-benar mengharapkan agar pelbagai masalah yang melibatkan kepentingan rakyat akan mampu diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan.

Tindakan Kerajaan PR Negeri Selangor yang memperuntukkan RM50 juta pembinaan rumah mampu milik akan sudah pasti memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah khususnya para pekerja muda memiliki kediaman lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang harga rumah yang tinggi .

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah menunjukkan keberhasilan yang bukan bersifat kontemporori atau populis tetapi terus konsisten demi kepentingan rakyat . Rakyat dapat mengecapi pelbagai faedah yang tidak dirasai di mana-mana negeri di bawah pentadbiran Kerajaan UMNOBN apa lagi di bawah pentadbiran kerajaan negeri lalu. Hasil negeri untuk rakyat adalah satu usaha yang membuktikan kemampuan pimpinan PR negeri Selangor yang menerajui negeri Selangor atas prinsip kerajaan rakyat.

Namun begitu,JINGGA 13 benar-benar merayu agar segala program terutama melibatkan pembangunan infrastruktur fizikal untuk pentingan rakyat disegerakan seperti mengatasi masalah banjir,kemudahan rekreasi untuk generasi muda,jalanraya yang baik serta konsisten dalam menyelesaikan masalah rakyat Selangor terutama di kampung dan desa.

Dana negeri yang berjaya disatukan melalui hasil cukai,hasil bukan cukai dan terimaan bukan cukai akan mampu 'mencair' dan benar-benar untuk kebaikan serta kepentingan rakyat. Kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam menjalankan tanggungjawab perlu diberikan perhatian dengan komitmen Kerajaan PR Negeri Selangor agar segala keluh kesah rakyat dapat diselesaikan dan ditangani secara serius.

Kerajaan PR Negeri Selangor wajar bertindak tegas menangani usaha sabotaj dan niat jahat oleh mereka yang menggunakan kedudukan mereka di dalam pentadbiran negeri agar segala usaha murni Kerajaan PR negeri Selangor akan mampu direalitikan .

Justeru , JINGGA 13 Selangor yakin kesungguhan Kerajaan PR Negeri Selangor secara kolektif dan kondusif merakyatkan ekonomi negeri akan dilaksanakan secara 'istiqamah' demi kepentingan rakyat selangor melangkau agenda rasis , kronisme dan pembaziran sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan UMNOBN negeri Selangor sebelum ini.

JINGGA 13 Selangor akan terus berdiri teguh dibelakang Kerajaan PR Negeri Selangor menyokong segala usaha dan tindakan yang dilakukan demi kepentingan dan faedah rakyat Selangor.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN
Koordinator JINGGA 13 Selangor


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone