Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa
"parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan
kebajikan yang "adil terhadap semua".
Tanpa menamakan "parti
syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil
untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan
perpaduan tulen.
Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal
"Setiap
manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang
berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk
sifat-sifatnya dan tidak berperi kemanusiaan.
"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.
"Saksikanlah
bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut
Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang
kezaliman," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menghurai tema
Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di
Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.
Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai
kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang
mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".
Tanya Mahathir
Abdul
Hadi berkata dalam negara berkebajikan, semua pihak akan berlumba-lumba
melakukan kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya.
Mengikut
konsep itu, rakyat juga akan membantu kerajaan yang akan mewujudkan
hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya dan
majikan-pekerja, katanya.
"Sifat adil yang dilaksanakan
dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan
kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara
pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama
rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan
dan sahabat yang setia," katanya.
Dalam sidang media selepas
menyampaikan ucapan dasar muktamar itu, Abdul Hadi bagaimanapun enggan
menyebut nama parti yang disifatkannyna sebagai "parti syaitan" itu,
walau didesak pemberita.
"Pepatah Melayu menyebut, siapa makan lada, dia rasa pedas... Parti mana yang makan lada...," katanya.
Wartawan
turut meminta Abdul Hadi mengesahkan sama ada akan kenyataan itu
merujuk kepada parti pemerintah, namun MP Marang itu tetap mengelak dan
mengatakan: "Sesiapa sahaja yang mengikut sifat-sifat itu".
Sementara
itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencelah dalam sidang
media tersebut sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan itu kepada
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir.
"Kamu kena bertanya kepada
Mahathir. Dia yang memperkenalkannya... Dia boleh jelas... Tanya Dr
Mahathirlah, dia yang memperkenalkan istilah itu".
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago