JINGGA 13 terpanggil untuk menyatakan pandangan apabila membaca
kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil , Pengerusi
Panel Penilaian Operasi SPRM yang menyatakan bahawa semua penyiasatan
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada
campur tangan mana-mana pihak . Satu kenyataan yang luar biasa.
JINGGA 13 melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM )
sebagai badan dan agensi yang gagal memperlihatkan integriti apabila
kes-kes berprofil tinggi tidak mampu ditangani dengan telus , adil dan
profesional.
Majoriti rajyat Malaysia melihat SPRM tidak diyakini,dikongkong dan
seolah-olah wujud 'tangan ghaib' menguasai SPRM terutama melibatkan
kes-kes yang melibatkan menteri atau pimpinan tetinggi UMNO tidak ke
mana-mana dan adakalanya tidak diketahui status siasatan serta tiada
pendakwaan di buat, malah SPRM dilihat berperanan MEMBERSIHKAN segala
salahlaku, skandal dan penyelewengan yang dilakukan .
Mengambil contoh dalam kes melibatkan pembayaran majlis pertunangan anak
Datuk Seri Najib Razak melibat RM409 ribu dibiayai dengan menggunakan
wang rakyat , sehingga sekarang tiada status siasatan. Walaupun Pejabat
Perdana Menteri menafikan menggunakan wang rakyat , malah termasuk
jawapan daripada Shangri-la Hotel bahawa ianya dibiayai oleh Perdana
Menteri sendiri tetapi sehingga sekarang GAGAL menunjukkan sebarang
bukti sama ada berbentuk salinan sah resit atau baucher pembayaran
mwngesahkan pembayaran dibayar sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak.
Begitu juga terhadap laporan melibatkan majlis harijadi Perdana Menteri
hampir RM 80 ribu menggunakan wang rakyat tanpa dibuktikan oleh sebarang
bukti oleh Pejabat Perdana Menteri mahupun oleh pihak Shangri-la Hotel.
Adalah amat luar biasa Shangri-La Hotel , sebuah hotel yang berprestij
dan terkenal tidak mampu menunjukkan sebarang bukti dan hanya menyatakan
pembayaran dibuat oleh Perdana Menteri sendiri , itu sahaja tanpa
sebarang bukti. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Shagri-La Hotel.
SPRM nampaknya gagal dalam menyiasat dengan bersungguh-sungguh terhadap
laporan yang telah dibuat dan adakah kerana ianya melibatkan Perdana
Menteri maka kes patut ditutup sama sekali dan siasatan tidak perlu di
buat ?
Bagaimana dengan kes melibatkan Penyiasat Persendirian P.
Balasubramaniam yang sudah memakan masa 2 tahun 3 bulan selepas beliau
menjawab soalan SPRM pada 2 Julai 2010 sehingga sekarang tiada status
hasil siasatan berkaitan akuan bersumpah Balasubramaniam . Sikap membisu
SPRM benar-benar menimbulkan kemarahan beliau sehingga memberikan
amaran akan mendedahkan segala bukti kepada wartawan luar negara
berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan
warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
Laporan melibatkan rasuah dibuat ke atas beliau oleh adik Perdana
Menteri Datuk Nazim Abd. Razak dan perniaga permaidani Deepak Jaikishan
dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai isu hubungan Altantuya
Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak yang turut memakan masa sudah
hampir 3 tahun , serta turut dikaitkan Datin Seri Rosmah, sehingga kini
tiada sebarang hasil atau status siasatan , apa lagi pendakwaan.
Adakah benar sepertimana kenyataan yang di buat oleh Tan Sri Dr. Hadenan
Abudl Jalil bahawa penyiasatan SPRM benar-benar tidak ada campur tangan
oleh mana-mana pihak? Satu kenyataan yang luar biasa. Bagaimana
terhadap kes-kes yang dinyatakan? Kenapa sehingga sekarang tiada
sebarang tindakan terhadap kes-kes tersebut ? Malah banyak lagi kes-kes
berprofil tinggi bagai 'hilang di tiup bayu'.
Adalah amat hairan sekiranya Panel Penilaian Operasi yang dipengerusikan
oleh Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil terlepas pandang kepada kes-kes
apabila melibatkan Perdana Menteri tetapi teruja terhadap kes-kes
"ikan-ikan bilis" yang mungkin itu dimaksudkan tidak campur tangan oleh
mana-mana pihak.
Selagi SPRM tidak nertanggungjawab kepada Parlimen dan berada di bawah
Jabatan Perdana Menteri , selagi itulah kredibiliti dan integriti SPRM
akan terus diragui dan dipertikaikan. Tan Sri Dr. Hadenan boleh
keluarkan apa jua kenyataan mempertahankan SPRM konon tiada campurtangan
oleh sesiapa pun, tetapi sikap dan tindakan SPRM ternyata tidak
mengambarkan sepertimana kenyataan Tan Sri Dr. Hedenan .
JINGGA 13 juga yakin akan peranan Peguam Negara juga turut membuat
pendakwaan yerpilih menjadikan kredibiliti dan integriti SPRM akan terus
dilihat gagal dalam mencapai objektif pencegahan dan anti rasuah .
Malah kedudukan Malaysia berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah oleh
Transperancy International yang semakin merosot saban tahun adalah
antara bukti nyata kegagalan SPRM di mata rakyat dan antarabangsa.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
1 day ago