SharpShooter Followers


Saturday, November 17, 2012

Giliran @abby_abadi112 pula saman Utusan 5 juta



Hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

KEBANYAKAN ahli politik sudah beranggapan bahawa jika difitnah oleh Utusan Malaysia maka anda bersyukur kerana itu tandanya wang besar menanti anda melalui tindakan undang-undang.

Lihat sahajalah sebelum ini, Khalid Samad, Lim Guan Eng dan beberapa ahli politik mengaut sejumlah ratusan ribu ringgit hasil tindakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia.

Nampaknya kali ini giliran Abby Abadi pula akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar propaganda Barisan Nasional itu. Rujuk kenyataan Abby Abadi di akaun twitternya di bawah ini. Nampaknya Abby sudah puas bersabar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan ke atasnya. Selembut-lembut Abby, namun kesabarannya pasti sudah sampai ke penghujung.
Bila Abby terlalu mengalah nampaknya media semakin galak mengutuk, menghina dan memfitnah beliau. Maka eloklah beliau mengambil tindakan untuk menghentikan semua ini.

Sebelum ini Khalid Samad mendermakan sebahagian besar wang yang diterimanya hasil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia. Barangkali Abby Abadi juga boleh mengambil tindakan yang serupa. Bersedekah sambil membangkrapkan Utusan Malaysia, akhbar penipu nombor satu Malaysia.

 

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/