Himpunan Hijau ingin menjemput semua ahli parlimen pakatan rakyat untuk menghadiri penyerahan memorandum tuntutan Himpunan Hijau pada 26 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Dataran Merdeka.
Himpunan Hijau telah memulakan Berjalan Lestari pada Hari Dewali dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kami memilih Dewali sebagai sempena hari pencahayaan. Himpunan Hijau ingin membawa cahaya pencerahan tentang alam sekitar.
Himpunan Hijau ingin menyedarkan anak semua bangsa tentang kerosakan alam sekitar yang akan memusnah kita semua. Alam sekitar yang rosak akan memudaratkan – China, Melayu, India, Dayak, Iban, Kadazan dan lain-lain.
Kami telah berhimpun di Kuantan dan Gebeng menuntut kilang santau radioaktif Lynas ditutup. Kami telah berhimpun di Raub untuk menuntut kilang sinide di Bukit Koman ditutup. Kami telah berhimpun di Pengerang menuntut agar tanah orang kampong tidak dirampas.
Kali ini kami berjalan ke Kuala Lumpur untuk menghebahkan kepada dunia bahawa anak semua bangsa di Malaysia mahu hidup dalam suasana aman damai dengan alam sekitar yang bersih sehat untuk jenerasi hari ini dan yang akan datang.
Himpunan Hijau ingin bertemu dengan semua Ahli Parlimen supaya kita mahu meluahkan perasaan kami tentang alam sekitar.
We, therefore, sincerely look forward to Yang Berhormat attendance at Dataran Merdeka. Your acceptance of our memorandum is a leap forward to a clean and sustainable environment.
Yang Benar,
Wong Tack
Pengerusi
HIMPUANAN HIJAU
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
1 day ago