SharpShooter Followers


Thursday, November 08, 2012

@DK_VICKY - JINGGA 13 DESAK PETRONAS MOHON MAAF KEPADA SELURUH MASYARAKAT INDIA DAN KELUARKAN VIDEO KLIP 'LET'S DO THE DAPPAN '



http://www.youtube.com/watch?v=nPaKW6geBeg&feature=related

JINGGA 13 MENDESAK agar PETRONAS memohon kemaafan kepada seluruh masyarakat India khususnya beragama hindu di Malaysia terhadap video klip yang berjudul Petronas Deepavali 2012 'Let's do the dappan' yang ternyata menghina masyarakat India dengan suatu yang di luar budaya etnik malah menafikan istilah sebenar perayaan dan sambutan deepavali bagi masyarakat india beragama Hindu.

Walaupun Petronas cuba mengambarkan kegembiraan terhadap penyampaian lagu tersebut tetapi memperlihatkan kejanggalan dan salah pergertian berdasarkan erti sebenar perayaan deepavali yang bermakna " kemenangan menentang kezaliman " .

Adalah amat kecewa apabila perkataan DAPPAN atau DAPPAN KUTTU yang berentak SAAVU ADI hanya khas digunakan atau dimainkan di rumah-rumah di mana berlaku kematian ternyata merupakan satu penghinaan kepada masyarakat India seolah-olah PETRONAS sedang menghidangkan lagu "Acara kematian" kepada masyarakat India dalam bentuk rancak dan gembira malah keluar daripada norma budaya sebenar masyarakat india di Malaysia.

Istilah Diwali yang bermakna perayaan cahaya sebagai tanda simbolik kemenangan kebaikan menentang kezaliman telah dipadamkan dengan lagu dan tarian Dappan tersebut. Ini terbukti sebagai kegagalan PETRONAS dalam memahami nilai dan norma masyarakat India Malaysia yang menjadi sebahagian keluarga besar Malaysia .

JINGGA 13 juga turut dianggotai masyarakat berketurunan India turut mendesak agar video klip oleh PETRONAS ini dikeluarkan daripada youtube dan berdasarkan komentar daripada mereka yang menyaksikan video klip tersebut memberikan kenyataan dan gambaran negatif , marah dan kecewa terhadap syarikat gergasi Malaysia yang mempunyai mentaliti dan cara yang memualkan serta menghina masyarakat india beragama hindu di Malaysia malah ternyata 'LET'S DO THE DAPPAN ' tidak ada hubungkait langsung dengan perayaan deepavali.

Atau PETRONAS sedang menyampaikan mesej "kematian" UMNOBN terutama MIC melalui DAPPAN KUTHU berentak SAAVU ADI!

Dalam kesempatan ini JINGGA 13 merakamkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di Malaysia , agar Deepavali ini memberikan mesej kemenangan yang akan menyinari kehidupan rakyat Malaysia dalam menentang kezaliman dan menumbangkan UMNOBN dalam PRU13.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

DK VICKY
Setiausaha JINGGA 13





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/