Anti Lynas tiba di Gombak selepas berjalan kaki dari Kuantan pada 24 November 2012
Gombak merupakan 'pitstop' terakhir sebelum ke Dataran Merdeka pada 25 November 2012. Berikut merupakan sedikit klip video semasa kumpulan Anti Lynas berarak.
Namun seperti yang diduga...Dataran Merdeka tiba-tiba ditutup dipercayai untuk menghalang kemaraan
pejalan kaki Anti-Lynas dari memasuki perkarangan tersebut yang dijangka
tiba kira-kira jam 4.00 petang ini.
Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12
semalam telaj memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000
orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh
Raya Kuala Lumpur-Karak, lapor malaysiakini.
Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan
bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan
lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi
Himpunan Hijau, Wong Tack.
Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur
ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack
untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji
memproses nadir bumi Lynas.
Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain -
Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan
NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.
Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum
berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman
Melewar.
Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak
sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun
bertemu mereka di dataran.
"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki
kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang
kelihatan penat tetapi masih bertenaga.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 hours ago