SharpShooter Followers

Monday, November 26, 2012

HALANG PEGUAM PERANCIS TETAPI BENARKAN PENJENAYAH PERANG SRI LANKA KE MALAYSIA : BUKTI SKANDAL SCORPENE ADALAH BENAR , LIBATKAN NAJIB RAZAK

Kerajaan UMNOBN sanggup membenarkan Penjenayah Perang Sri Lanka yang terlibat dengan pembunuhan dan penghapusan etnik iaitu Presiden Mahinda Rajapaksa ke Malaysia untuk meghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia di Johor Bahru pada 4-6 Disember 2012 benar-benar mengecewakan dan mengambarkan sikap sebenar DS Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN.

Tetapi mengambil sikap berbeda terhadap kehadiran Peguam Perancis iaitu William Bourdon dan Joseph Breham dengan tidak membenarkan masuk ke Malaysia utk sekian kalinya sedangkan ianya adalah jemputan rasmi yang di buat oleh Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim pada 7 November lalu .

JINGGA 13 benar-benar hairan kenapa DS Hisamuddin Hussein , Menteri Dalam Negeri begitu tegas terhadap kehadiran 2 Peguam tersebut hingga mengugut akan menahan mereka jika hadir ke Malaysia seolah-olah mereka adalah penjenayah atau terroris yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara ini.

Malah kedua-dua Peguam Perancis tersebut tidak sedikit memiliki rekod jenayah sepertimana Presiden Sri Lanka yang terpalit dengan rekod jenayah membunuh 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009 dengan menyerang hospital,kawasan perumahan dan sebagainya dalam misi 'ethnic cleansing'.

Kehadiran Peguam Scorpene adalah untuk memberikan taklimat perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis iaitu pembelian kapal selam yang dibeli dari DCNS di Perancis melibatkan dana awam serta komisyen sejumlah RM500juta dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. iaitu syarikat kepunyaan rakan baik DS Najib Razak, Razak Baginda .

Sebelum ini kerajaan cuba menafikan bahawa tidak wujud sebarang kes dan perbicaraan di Perancis berkaitan skandal tersebut . Justeru , kenapa begitu takut dengan kehadiran 2 peguam daripada Perancis yang mewakili SUARAM dalam kes rasuah tersebut ?

JINGGA 13 yakin bahawa tindakan menafikan Peguam Perancis tersebut untuk hadir memberikan taklimat di Parlimen kepada Ahli-Ahli Parlimen adalah membuktikan bahawa wujud rasuah terhadap pembelian kapal selam tersebut di Perancis sehingga DS Hisamuddin Hussein terpaksa mengambil tindakan tegas tanpa sebab yang munasabah tidak membenarkan Peguam Perancis tersebut masuk ke Malaysia untuk meyelamat 'sepupu' beliau .

Tindakan tersebut adalah turut membuktikan bahawa DS Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia terlibat dengan skandal rasuah yang melibatkan RM500 juta bersama rakan baik beliau Razak Baginda sehingga melibatkan pembunuhan Altantuyya Sharibuu.

Terbukti Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan 'kuku besi' dan terus memberikan tekanan kepada kebenaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik DS Najib Razak dan UMNOBN yang semakin tertekan dengan kebangkitan rakyat yang bakal mejatuhkan UMNOBN dalam PRU 13 akan datang.

JINGGA 13 yakin rakyat Malaysia semakin celik dan sedang menanti saat yang terbaik untuk menjatuhkan UMNOBN!

Selamatkan Malaysia ! Muafakat Ke Putrajaya !

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone