Delegasi KEADILAN akan ke Hong Kong semula dua minggu lagi bagi
menyerahkan semua bukti dokumen transaksi berkaitan kes rasuah RM40 juta
melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Pengarah
Strategi, Rafizi Ramli yang merupakan salah seorang anggota delegasi
berkata, bukti-bukti berkenaaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas
Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC).
Katanya, ia ekoran jaminan dari Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin
Zervos dan James yang mengalu-alukan bukti baru untuk membuka semula
siasatan ke atas kes itu.
“Sebelum ini kita rancang ke Hong Kong hanya untuk serah memorandum
supaya pihak berkuasa dapat ‘review’ semula kes, tapi bila mereka kata
siasatan boleh dibuka semula asalkan ada bukti mencukupi, kita akan
kembali dalam dua minggu lagi,” jelasnya.
Rafizi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih
Kang; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling
Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti
di sini petang tadi sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini.
Delegasi itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu.
Menurut Rafizi, beliau mempunyai bukti mencukupi termasuk dokumen
transaksi kes rasuah melibatkan RM40 juta oleh Musa dan taikun balak,
Michael Chia.
“Sebab itu kita perlukan dua minggu untuk menyusun semua bukti-bukti,” katanya.
Sebelum bertolak ke Hong Kong 21 November lalu, Rafizi membuat
laporan berhubung kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
“Kita juga akan serah bukti nanti, jadi SPRM tidak ada alasan untuk tutup kes ini buat kali kedua,” katanya.
Sepanjang di Hong Kong, kes rasuah tersebut mendapat liputan akhbar dan televisyen di sana.
Delegasi terbabit juga membuat temuramah khas bersama Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut.
“Kes ini menarik minat antarabangsa dan kita yakin ia adalah skandal
besar yang tidak boleh lagi dipadamkan Umno Barisan Nasional,” kata
Rafizi.
MP Hong Kong sokong kes rasuah RM40 juta disiasat semula
Ahli Parlimen (MP) Hong Kong, James To menyokong penuh usaha KEADILAN
untuk menggesa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC)
membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, James
turut berjanji untuk membawa isu tersebut ke dalam Sidang Parlimen Hong
Kong.
“Mereka menyatakan kebimbangan akan keseriusan kes ini dan menurutnya
adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu ICAC dalam
mengumpul bukti,” katanya.
“Justeru, kalau ada bukti kukuh diserahkan, kes pasti dibuka semula
kerana mereka tak mahu Hong Kong dijadikan ‘syurga’ untuk melakukan
jenayah rasuah,” jelasnya.
Lih
Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen
Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy
Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti petang tadi
sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini.
Delegasi KEADILAN itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu.
Lih Kang berkata, selain James, Ahli Parlimen Hong Kong yang turut
berjumpa mereka dan menyatakan sokongan termasuk Naib Pengerusi Panel
Keselamatan, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sultan Pahang Bertitah Jangan Pilih Kasih Dalam Uruskan Memberi Bantuan
Kepada Mangsa Banjir
-
*TEMERLOH: *Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah hari ini bertitah supaya pihak yang terlibat menguruskan banjir tidak
me...
2 hours ago