Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak mengambil tindakan serius berhubung tiga polis didakwa merogol warga Indonesia di Prai, baru-baru ini.
Mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyifatkan polis terbabit umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
“Rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan KDN.
Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangga, Indonesia.
“Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang,” katanya pada kenyataan.
Berharap kejadian sama tidak berulang, Naib Presiden KEADILAN itu menggesa supaya langkah penambahbaikan pasukan PDRM dilaksana segera.
“Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005.
“Suruhanjaya ini yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, memberi jaminan polis yang terlibat dalam kes tesebut tidak akan terlepas daripada hukuman.
Katanya, jika benar berlaku seperti yang didakwa, itu bukan menggambarkan imej pasukan polis negara ini, sebaliknya peribadi mereka.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
1 day ago