SharpShooter Followers


Monday, November 12, 2012

Keadilan desak segera tubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah.

“Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku,  sekaligus membasmi salah guna kuasa.

“Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan,”

“Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis,” ujarnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut.

 ”Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita,” tegasnya.
 
Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.

Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/