Bukit Mertajam - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia
lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar
raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi
berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas
perundangan jika benar dakwaan itu.Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabi direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama
seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan
perempuannya yang tinggal di kawasan itu.
“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira
menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai
uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.
“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis
itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami
ke balai polis.
“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta
mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya
“Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah pun tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.
“Ketika berada dalam tahanan di balai, saya merayu supaya dilepaskan
tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum
menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi,”
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sultan Pahang Titah Semua Pemegang Tauliah Mengajar Di Negeri Ini Tak
Jadikan Masjid Pentas Politik
-
*KUANTAN: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah
Shah mengingatkan semua pemegang tauliah mengajar di negeri ini agar tidak
me...
11 hours ago