SharpShooter Followers


Saturday, November 17, 2012

Laporan palsu - Utusan dan NST mungkin disaman lagi.


Senator bebas dari Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar, Kuala Lumpur ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) sebelum ini.
Bagi beliau, kedua-dua media itu membuat laporan palsu apabila mendakwa beliau anti Islam.
Turut serta bersama Xenophon ialah peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Pada 8 Mei lalu, beliau berkata, "Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya.
Xenophon merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan dan NST yang telah tersalah petik ucapannya di Parlimen Australia pada 17 November 2009.
Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.
Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.
Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihanraya Malaysia.
Walaupun kedua-dua akhbar rejim Umno tersebut telah memohon maaf terhadapnya, ia tidak cukup buat Xenophon kerana telah mencemar imejnya sebagai seorang ahli parlimen negara Kanggaro itu - erapasca



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/