Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pemecatan guru
sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merupakan
taktik kotor Umno untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak lagi
menyokong Pakatan Rakyat.
“Memberi ceramah dan mendengar ceramah adalah amalan biasa dalam negara yang mengamalkan konsep demokrasi.
“Apakah Umno BN tidak faham apa itu demokrasi yang mereka sendiri
sering sebutkan? Sedangkan hadir ke program ceramah merupakan hak rakyat
dan ia tidak sepatutnya dinafikan.
“Inilah
Umno BN, cakap tak serupa bikin. Tak cukup di Semenanjung, di Borneo
dan Labuan pun mereka nak buat kacau,” katanya ketika dihubungi.
Abas berkata, selain dipecat, ada kemungkinan sebilangan kakitangan
kerajaan dinafikan kenaikan pangkat kerana sokongan terhadap Pakatan
Rakyat.
“Ugutan dan pemecatan adalah usaha kerajaan untuk mengawal dan
memastikan kakitangan tidak beralih sokongan, walaupun hakikatnya mereka
sebenarnya menyokong kita.
“Taktik ini akan berterusan digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat,” tegasnya.
Guru berkenaan, Qatrun Nada Laftfi merupakan kakitangan sementara
Jawi, dan bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Labuan.
Beliau menerima notis pemecatan sebulan berkuatkuasa 1 Disember ini,
kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.
Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada
individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9
Oktober lepas.
Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun
Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.
Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat
Jawi Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22
Oktober.
Qatrun Nada merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.
Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang
terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
6 hours ago