SharpShooter Followers


Thursday, November 01, 2012

Isu RM40 juta - Bila Bank Negara akan beri jawapan?


Rafizi menyerahkan dokumen kepada wakil Bank Negara


Sehari sebelum Hari Raya Korban, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membuat laporan kepada Bank Negara, menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram.

Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.

Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.

Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.

Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara.

Namun sehingga hari ini, kami masih menanti jawapan rasmi Bank Negara seperti yang mereka janjikan dalam pertemuan tersebut.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/