SharpShooter Followers

Monday, July 20, 2009

2 Hari Cikgu Bard bertapa di Penang.

Nama Cikgu Bard bukan lagi asing dalam arena politik tanahair. Beliau sebenarnya memang seorang guru dan pernah digari di depan anak murid di sekolah kerana reformasi. Akhirnya beliau berhenti menjadi guru, inilah harga yang Cikgu Bard bayar sebagai seorang pejuang. Masuk keluar lokap umpama rumah kedua. Sebenarnya ramai lagi aktivis reformis yang sanggup berkorban demi untuk melihat keadilan dapat ditegakkan dan ada yang telah kembali ke Rahmatullah.

Seorang tokoh anak muda yang sering muncul dengan aktiviti-aktiviti yang agak 'gila-gila' sikit. Demontrasi jalanan memang cikgu bard selalu kena tangkap. Buat kek sambut harijadi Altantuya, hantar bantal dekat Pak Lah, antara contoh aktiviti-aktiviti 'gila-gila' cikgu Bard. Cuma bila kita dengar ada reformis nak bogel di jalanan, yang ini bukan kerja cikgu Bard.

Cikgu Bard mulakan program di Penang dengan memberi penerangan isu semasa di Pejabat Parlimen Bayan Baru pada pukul 2.30 petang. Berita lanjut baca di sini.


Kalau di Perak tentu semua ingat bagaimana semua Adun Pakatan Rakyat terpaksa mesyuarat bawah pokok sebab di halang oleh polis pencacai umno. Akhirnya pokok itu dinamakan pokok demokrasi.

Di P.Pinang, di bawah pokok jugalah geng-geng blogger ('blogger bodoh' ungkapan Johari Kassim yang marah bila gambarnya kena terbalik, memang patut pun gambar kena terbalik sebab akhirnya menyembah minta maaf pada Lim Guan Eng kerana jawatan. Baca antara maruah dan jawatan) bertemu malam-malam.

Pada sebelah malamnya Cikgu Bard hadir di bawah Pokok Blogger di Bayan Baru.

Cikgu Bard di sini bukan nak ceramah tapi bertukar-tukar pandangan dengan blogger-blogger Penang, Zul Mamak Kasi Pecah Laa.., Hijat Panjang hentam sajalah labu.., Zulonenie Unit Ehsan, Diktator Kangkong, Keraniopis, SharpShooter dan lain-lain lagi.

Apa yang sedang dibincang dan dibisikkan oleh Cikgu Bard. Mungkin nak jatuhkan seorang menteri agaknya...he..he.. Selepas saya dan Cikgu Bard balik, nak tahu apa jadi bawah pokok blogger...baca di <sini>.

Keesokan harinya Cikgu Bard ke rumah Rizal Huzairi kenduri arwah ayahnya Pak Lang Zaki, bacaan Yasin dan tahlil di Kota Permai. Beliau baru bertugas semula di Pulau Pinang menjadi Pembantu Khas YB Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang setelah YB Dr Mansor berkali-kali merayu agar dia balik ke Pulau Pinang membantunya. Untuk makluman semua, Rizal Huzari adalah seorang Setiausaha Kerja terbaik PKR bagi seluruh Malaysia. Dulu Rizal jadi Pembantu Khas Fairus tapi dia tak tahan dengan karenah Fairus, jadi beliau diminta bertugas di pejabat PKR Pusat oleh Dato' Salehudin.

Marina isteri Rizal Huzairi dan Maksu Shimah. Penggerak AMK Bukit Mertajam.

YB Dr Mansor Othman turut hadir bersama Pembantu Khasnya En Zainol dan Sdr Suhaimi.

Pada sebelah malamnya pula Cikgu Bard hadir ke Yayasan Aman Permatang Pauh untuk Majlis Makan Malam dan Pidato Perjuangan.


Adik ini menangis bila membaca sajak buat Ibu tersayang.


Saudara Faizal menunjukkan aksi silap mata.


Tetamu yang hadir.

Persembahan lagu Seroja oleh adik-adik Permatang Pauh

Cikgu Bard berpidato tentang sejarah perjuangan. Beliau menyentuh tentang isu kematian misteri Teoh Beng Hock di SPRM, isu Chin Peng, Kes Liwat Anwar, dan konspirasi berterusan untuk memenjara dan menjatuhkan anwar Ibrahim oleh Najib. Beliau juga menyebut kemungkinan besar tahun depan najib akan adakan Pilihanraya Umum serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/