SharpShooter Followers

Friday, July 31, 2009

Lebih 50 ribu akan sertai GMI esok

Berdasarkan maklum balas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman.

Norlaila, yang juga isteri tahanan ISA Mat Sah Mohamad Satray, berkata perhimpunan anti-ISA dijangka mendapat lonjakan sokongan ekoran kematian misteri Teoh Beng Hock baru-baru ini.

"Setakat ini kita dapat sambutan baik, antaranya melalui maklum balas daripada ceramah-ceramah," kata Norlaila lagi.

Tambahnya, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan kemungkinan cubaan pihak berwajib mengambil tindakan awal bagi menggagalkan perhimpunan anti-ISA, Sabtu ini."Kita berjaga-jaga sekarang. Kita tidak tolak kemungkinan itu," tambahnya.

Mengenai "Deklarasi Rakyat" menentang akta itu - yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong - beliau berkata, ia akan diedarkan kepada media pada pagi 1 Ogos ini.

Kumpulan anti-ISA merancang bergerak mulai jam 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.Pada masa yang sama, kumpulan pro-ISA pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dengan berpakaian putih pula berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Di sana, mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta ISA di ibu negara Sabtu ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan negara."Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil".

Khairy juga sebelum ini meminta pemuda umno tidak masuk campur dalam himpunan ini samada pro atau anti ISA. Pemuda umno memang umpama ayam daging hari ini, menunggu makan dan menanti hari untuk disembelih.

Biar apa pun ugutan dan amaran atau ops pukat atau halangan atau rintangan yang pasti datang. Jangan patah semangat..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH. LAWAN TETAP LAWAN.


Saksikan video khas ini apa yang akan terjadi esok.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/