SharpShooter Followers

Saturday, July 25, 2009

Terkini...Program Anwar esok di Nibong Tebal disabotaj

Untuk makluman semua, esok adalah kali pertama padang bola di Taman Ilmu itu akan digunakan untuk mengadakan ceramah. Ada sebuah dewan di padang tersebut yang akan digunakan esok untuk ceramah.

PKR telah membayar sewa dewan tersebut dengan harga sewa RM200 kepada JKP pemaju kawasan tersebut. Tetapi malangnya tiba-tiba hari ini, di pintu dewan tersebut dikunci dan di letakkan tulisan atas kotak berbunyi "Dewan sedang dibaiki-harap maaf (JKP)".

Untuk makluman semua juga, rumah ADUN Sg Acheh Dato' Mahmud terletak di Taman Ilmu berdekatan dengan rumah Rizal Hamid (gambar sebelah), penganjur PKR untuk program esok.

Menurut Rizal lagi, sebelum ini pintu ini tidak pernah berkunci pun. Beliau bagaimana pun telah membuat laporan polis. Pihak polis berjanji akan menyiasat. Tapi bagai nak dikatalah...polis siasat?.. Ok lah tu..tak mau komen lebih-lebih...

Laporan polis memang kena buat dari segi undang-undang. Tapi macam dok kata selalulah polis ni kadang-kadang Polis Diraja Malaysia tapi kadang-kadang macam POLIS RAJA DI MALAYSIA.

Dr Chua Jui Meng juga akan turut hadir esok di Taman Ilmu. Banner, poster dan handbill telah diedarkan. Kehadiran dijangka ramai esok memandangkan banyak isu tengah panas sekarang.

Agak-agak siapalah punya angkara. Kalau nak kata angkara JKP, takkanlah syarikat besar macam tu nak buat kerja macam tu. Duit dah sapu dah..

Bagaimanapun menurut Rizal, apa jadi sekali pun esok Program Ceramah Perdana tetap akan dijalankan. Mai..jangan tak mai...

Membujur Lalu Melintang Patah.

Lawan Tetap Lawan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/