1) Di Kepala Batas Program Perhimpunan Pekerja 2009 yang dihadiri YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang, YB Mat Sabu, Anuar Tahir (Pengarah Program) dan Syed Shahir (Presiden MTUC). Program dirasmikan oleh YB Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang.
Kurangnya kesedaran di kalangan rakyat tentang undang-undang pekerjaan di negara ini mendorong pihak majikan melakukan apa sahaja tindakan termasuk membuang pekerja sesuka hati kata, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mahamud. Berita lanjut di sini.
2) Manakala di Permatang Pauh pula bertempat di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang hampir 10 ribu orang menghadiri Ceramah Perdana yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Dato' Chua Jui Meng.
Anwar Ibrahim menyelar tindakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan mengalihkan isu penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada isu penghurmatan terakhir yang diberikannya kepada mendiang baru-baru ini. Berita penuh di sini.
3) Sementara itu di Taman Ilmu, Nibong Tebal pula kehadiran kaum Cina luar biasa. Jalan penuh sesak dianggarkan kehadiran hampir 10 ribu orang.
Saudara Rizal Hamid selaku Pengarah Program Ceramah Perdana memaklumkan sabatoj oleh pihak UMNO sedikit pun tidak melemahkan semangatnya. Malah beliau dan anak buahnya makin bersemangat. Duit RM200 telah dibayar, permit polis lulus tapi malangnya ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah mengunci pintu pagar dan telah memotong bekalan elektrik.
Ceramah yang sepatutnya di dalam dewan terpaksa dibuat di luar dewan. YB Tan Tee Beng selaku Ahli Parlimen Nibong Tebal dan YB Ustaz Makhtar turut berucap sebagai tuan rumah. Mereka menyeru supaya kaum Cina lebih ramai menyertai PKR Cabang Nibong Tebal.
Malam ini bagi saya adalah ceramah terbaik dan mantap dari Chegu Bard. Beliau begitu semangat dan sentiasa mendapat tepukan yang gemuruh.Beliau menyentuh tentang isu Chin Peng yang telah tua dan berhasrat untuk pulang ke tanah air. Siapakah Henry Gurney yang sebenarnya? Masih ingatkah kes peristiwa berdarah di Memali, Baling Kedah? Beliau membuat 3 perbandingan itu supaya rakyat faham apa yang sebenarnya telah berlaku. Maklumat lanjut di sini.
Anwar juga mengajak rakyat supaya turun beramai-ramai pada 1 Ogos untuk menghapuskan Akta Zalim ISA.
Petugas-petugas menjamu selera di rumah Rizal Hamid selepas ceramah. Macamana tak gemuk Azrizal dan Bob..tengah malam pun 3 pinggan nasi.
Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim dan Zainol makan sampai tak panggung kepala. Mertua lalu belakang sure tak nampak... tapi kalau lalu depan mungkin nampak...tak gitu..he..he..
Keluarga Rizal tidak lepaskan peluang bergambar kenangan bersama Anwar Ibrahim.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/