SharpShooter Followers

Saturday, July 11, 2009

Unit Ehsan melebarkan sayap ke Kedah, Perak dan N.Sembilan

Sdr Zulkifli Ibrahim selaku pengerusi majlis.
Ucapan Perasmian oleh YB Halim Hussein Speaker P.Pinang. Beliau akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Unit Ehsan.

Ketua Unit Ehsan Kedah Cikgu Azman

Rizal Hamid turut hadir bersama rombongannya.

Wakil Unit Ehsan Perak menerima vest Unit Ehsan

Unit Ehsan akan berkembang di Perak.

Zul Mamak..durian pun.. kasi pecah la...

YB HJ Malik turut berucap memberi kata2 perangsang kepada Unit Ehsan. Beliau kagum dengan semangat dan kerja amal yang telah dilakukan oleh Unit Ehsan.

Bersantai sambil makan sambil dengar ucapan.

Sdr Yasir Negeri Sembilan menerima vest Unit Ehsan. Unit Ehsan yang akan membuatkan Khairy Rembau akan terhimbau dari Rembau.

Yasir orang harapan Cikgubard merangkap pengawal peribadi.

Cikgu Azman guru yang paling berani di Kedah menerima vest Unit Ehsan Kedah.

Cikgu Azman nekad lebarkan Unit Ehsan Kedah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

YB Ong Chin Wen adun Bukit Tengah turut memberi ucapan. Beliau adalah YB yang begitu komited dengan Unit Ehsan P.Pinang. YB Malik pantang jumpa durian.

Saiful Idham Ramli MPT Keadilan turut memberi kata semangat. Beliau mahu AMK gunakan Unit Ehsan ini untuk mengembalikan semangat rakyat yang pernah wujud pada awal gelombang reformasi. Tanamkan tekad teruskan perjuangan. Biar kehadiran Unit Ehsan amat dirasai.

Ijon juara Sumo mengalahkan Adam dari Kedah. Penang tetap juara.

Danny Ho PA Dato' Zahrain turut hadir bersama Cikgu Zul mantan PA Fairus.

Geng Kedah Pakatan Utara.

Azrizal Tahir Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang memberi cenderahati kepada YB Halim Hussein.

YB turut menerima cenderahati dari Unit Ehsan P.Pinang.

Bersantai

Azrizal Tahir juga merupakan PA YB Hj Malik Kassim. Bodek bos kuat nampak. Gaji dan bonus kena bagi lebih sikit YB. Siang malam kerja tak pernah minta over time pun.
Mantan PA Fairus, mewakili YB Dr Mansor menerima cenderahati Unit Ehsan.

Kambing panggang. Menu istimewa.

Faizal atau botak panggilan manjanya dari Kg Binjai, menunjukan permainan silap mata. Geng Kedah selalu dok kena dengan geng Penang. Hangpa tak boleh lawan punya dengan geng Penang. Tercengang bro...

Adam pun mengaku memang hebat geng Penang buat silap mata. Aku tabik la dekat hangpa katanya..berminat boleh jemput Faizal (013-4359600) buat pertunjukan silap mata. Memang memukau boleh keluar benang dari mata.

Cikgubard mengisahkan sejarah perjuangan. Beliau mahu pemuda jadikan Unit Ehsan sebagai platform kepada pemangkin gerakan reformasi. Pemuda harus gagah berani dan suka buat keje 'gila-gila' bukan baca majalah gila-gila. Memang semangat betul ceramah cikgubard malam ini sampai gegak gempita guruh di langit, ribut petir melanda.

Pertunjukan silat gayong dari Perak. FRU tu kacang saja.

Adik-adik Gayong memang hebat.

2 PA YB Dr Mansor turut hadir.
Latifah buat kejutan pada Ibunya. Sambut Hari Lahir Ibunya
Sejuk perut ibu mengandung.

Faizal Mustaffa dan orang kanan cikgubard turut hadir. Trimakasih sudi mai dari jauh. Makan durian puas-puas.

Yasir makan memang kuat tapi tetap kurus. Tu yang cikgubard geram sangat. Tak adil katanya, saya makan sikit tapi badan makin tembam.

Program ini kita buat di Banglo Batu Feringgi. Memang best. Minta maaf la gambar tak semua keluar. Jangan ada yang kecik hati pula. Saya mungkin tak sempat ambik semua. Guna HP saja. Memori kecil saja. Yang penting kita bina dan mantapkan ukhuwah sesama kita. Ketahui lebih lanjut kegiatan serta aktiviti Unit Ehsan di http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/