SharpShooter Followers

Friday, July 24, 2009

Tuan Guru Nik Aziz bidas Zamry

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.


"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.
Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama. berita penuh baca di<sini>

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam. "Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.


Semetara itu YB Zulkifli Noordin pula menyebut...Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.

Apakah mereka lupa bahawa ditangan Yahudi-Yahudi inilah berlumuran darah umat Islam Filistin dan Lubnan. Ditangan durjana Yahudi lah umat Islam Ghozzah diratah dan dibunuh tanpa belas ihsan.


Sudah puluhan ribu, mungkin juga ratusan ribu ummat Islam dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis la'natullah ini, sudah puluhan ribu isteri menjadi janda, ratusan ribu anak-anak Filistin menjadi yatim piatu, sudah puluhan ribu rumah ummat Islam Filistin dirobohkan, sudah bergantang-gantang airmata umat Islam Filistin mengalir..seluruh dunia mengutuk Yahudi Zionis la'natullah ini.

Malahan Malaysia tidak mengiktiraf negara Yahudi ini, hinggakan kita tidak punya hubungan diplomatik sama sekali dengan Yahudi ini!! Tetapi menteri UMNo boleh bersalam mesra dengan zionis Yahudi la'natullah ini!! Berita penuh di <sini>


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/