SharpShooter Followers

Thursday, July 16, 2009

Kubur Islam P.Pinang dalam bahaya

Kubur Islam di Bukit Gedung di atas bukit dalam bahaya. Ini adalah kerana tanah di tepi kubur telah runtuh. Ia boleh menyebabkan kubur juga boleh runtuh. Kejadian ini bukanlah baru tetapi ia berlaku dalam bulan Ramadhan tahun lalu. Kini sudah hampir tiba bulan Ramadhan tahun ini pula. Mengapa seolah-olah tiada tindakan yang akan diambil untuk menyelamatkan keadaan. Apakah nak tunggu sampai kubur runtuh baru nak diambil tindakan.


Di sebelah kubur adalah dewan Desa Mayang.


Menurut Pak Yusoff, tok siak masjid Bayan Baru, beliau kesal kerana biarpun aduan telah dibuat kepada Majlis Agama Islam, tetapi tiada tindakan sampai sekarang. Penduduk berhampiran juga amat bimbang segala kemungkinan boleh terjadi. YB Hj Malik Kassim Exco Agama juga telah melawat pada hari kejadian tersebut berlaku bersama PA nya, tapi sampai sekarang tindakan masih belum diambil. Saya pergi ke Pusat Khidmat YB Hj Malik di Batu Maung hari ini untuk mendapat maklumat terkini tentang kes ini. Saya bertemu dengan Ahmad Azrizal Tahir PA YB Hj Malik, beliau berkata hari ini baru beliau menerima jawapan dari Majlis Agama Islam P.Pinang.
Surat itu memberitahu bahawa Majlis Agama Islam telah berbincang dengan JKR, Pejabat Daerah dan MPPP tetapi malangnya agensi-agensi tersebut tidak ada peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut.
Majlis Agama Islam berkata mereka tidak ada kepakaran untuk menyediakan spesifikafi yang jelas untuk melaksanakan proses sebut harga. Mereka terpaksa menggunakan khidmat pihak JKR untuk membantu mereka. Mereka memohon maaf di atas segala kesulitan dan kelewatan yang dialami.
Beginilah rupa bentuk tindakan Majlis Agama Islam P.Pinang di mana yang dipertuanya adalah YB Ustaz Shabudin Yahya Adun Permatang Berangan wakil rakyat dari UMNO.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com