SharpShooter Followers

Thursday, July 30, 2009

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 4

Rakyat tidak lupa pada 22 Februari 2009 sebanyak 36 laporan polis telah dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya mengenai hasil siasatan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri.

Sehingga ini, kata Shamsul, 36 laporan polis telah dibuat oleh AMK negeri dan bahagian di seluruh negara.

Dalam laporan tersebut, Zabidie mendakwa Ahmad Said menyalahgunakan kuasa beliau dengan melanggar Akta SPRM yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa tindakan Ahmad Said itu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Selangor, di samping mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan kes-kes rasuah.

Persoalannya sekarang adakah polis mengambil tindakan terhadap Ahmad Said? Jangan katakan nak tangkap dan soal siasat, yang pasti laporan polis yang di buat oleh Pakatan Rakyat, laporan polis tersebut akan dimasukkan ke bilik mayat atau buang ke longkang saja.

Kenapa jadi begitu?...jawapannya mudah.. sebab POLIS dan SPRM adalah cawangan UMNO.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/