

Kandungan zat buah pala adalah zat kalium,kalsium,fosforus,lemak,protein dan karbohidrat. Baik untuk kekuatan minda,sakit kepala,masalah bau mulut,gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.
Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm.Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
Bagi Pelancong yang datang ke Pulau Pinang, Jeruk Buah Pala memang terkenal sebagai buah tangan yang wajib dibeli. Jeruk Buah Pala memang sedap. Sebut sahaja

Hari ini buah pala tiba-tiba menjadi isu besar di Pulau Pinang. Bukan kerana terdapat buah pala gergasi sebesar buah nyok (kelapa) kata orang penang, tetapi kerana isu penduduk Kg Buah Pala di Glugor, P.Pinang yang dikatakan agak besar kepala kerana enggan berpindah walaupun pampasan yang ditawarkan adalah terlalu tinggi hingga RM330,000.00 untuk yang mempunyai lembu.
Lim Guan Eng pun pening kepala untuk selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala. Mungkin Guan Eng sudah sapu minyak buah pala untuk hilangkan pening di kepala. Namun sebagai penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti meletakkan harapan tinggi untuk Lim Guan Eng dapat selesaikan isu ini dengan segera.
Ikuti citer terkini Tentang Isu Kg Buah Pala di http://www.kampungbuahpala.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/