SharpShooter Followers

Thursday, July 16, 2009

Mantan Menteri Kesihatan sertai PKR?

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.
Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selamat datang ke PKR. Inilah sikap terbukaan PKR. Tidak dapat dinafikan kekadang PKR seolah-olah macam telaga buruk. Yang ada masalah dgn Umno, MCA, MIC, Gerakan, semua join PKR, Jadi bukan mudah hendak gabung dan garapkan serta mencanaikan semuanya untuk faham tentang erti perjuangan. Satu formula dan resepi yang luar biasa memang diperlukan untuk menjadikan semuanya bernaung dan bersatu dibawah PKR. Cuma adakalanya kehidupan ini umpama air bah (banjir) kata orang utara, sekali bah sekali pasir berubah... Janganlah pula nanti bila biduk berlalu kiambang bertaut.. Istiqamah dalam perjuangan, antara maruah dan jawatan, intan dan kaca, rakyat pandai menilai.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com