SharpShooter Followers

Monday, July 27, 2009

Laptop oh laptop...


Minta maaf sehari tidak boleh up date sebab laptop buat hal. Jadi kena cari 'sifu laptop' saudara Muhamad Rodzi Abdul Hamid Pegawai Penyelia Yayasan Aman, Permatang Pauh. Bila jumpa sifu, ok lah masalah selesai.


Rodzi pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan P.Pinang selepas Johari Kassim. Beliau mengetuai Jentera Pemuda Keadilan Negeri ketika Pilihanraya Umum 2004. Ketika itu saya sebagai Timbalan Ketua Pemuda Negeri P.Pinang dan menjadi calon N38 Dun Bayan Lepas menentang Syed Ameruddin pada tahun 2004. Saya tidak kalah cuma tidak menang saja...he..he..


Citer tentang bertanding dengan Syed Amerudin boleh lihat di sini dan di sini.


Terimakasih buat Rodzi yang dari dulu sampai sekarang memang cool saja. Beliau menolak tawaran pingat yang ditawarkan kepadanya untuk tahun ini. Bukan macam sesetengah pemimpin dah ada title Dato' minta pula Dato' Seri.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/