SharpShooter Followers

Tuesday, July 28, 2009

T.Mohan guna Isu Kg Buah Pala kerana nak bertanding Ketua Pemuda MIC saja.

T.Mohan menggunakan isu Kg Buah Pala hanya kerana beliau semata-mata mahu bertanding Ketua Pemuda MIC Malaysia. Beliau gunakan isu ini untuk menjadi hero pemuda mic saja. Mengapa sebelum ini kita tidak pernah dengar pun suara pemuda mic tentang isu Kg Buah Pala ketika BN perintah P.Pinang?

Beliau mengumumkan untuk bertanding ketua pemuda mic di sini. Beliau yang berusia 36 tahun itu akan dicabar oleh S. P. Muthu Veloo, iaitu anak saudara kepada presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

Sebelum itu T.Mohan pernah ditangkap dan digari di Pulau Pinang kerana menghasut penduduk Kg Buah Pala. Beritanya di sini.

Pada pilihanraya umum 2008, T.Mohan bertanding di Dun Batu Cave tetapi beliau ditewaskan oleh calon PKR seorang tokoh anak muda iaitu saudara Amirudin Shari.

YB Amirudin Shari mengalahkan T.Mohan dengan majoriti 3,639 undi.

Sementara itu pemilihan dalam PKR peringkat pusat dijadualkan tahun depan. Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, adakalanya pertandingan untuk merebut jawatan mungkin tidak dapat dielakkan. Namun ini tidak bermakna berlaku perpecahan tetapi ia adalah lumrah parti yang mengamalkan sistem demokrasi. Ia adalah proses yang sihat untuk menilai kematangan ahli untuk memilih.

Cakap-cakap serta bisik-bisik kemungkinan YB Amirudin Shari menawarkan diri untuk bertanding Ketua AMK Pusat bertiup kencang. Beliau kini adalah Naib Ketua AMK Pusat. Lawan jangan tak lawan.. peluang semua cerah.

Shamsul Iskandar sudah pasti akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua AMK Pusat. Beliau yang sebelum itu pernah dianugerahkan amanah untuk memangku Ketua AMK Pusat setelah Ezam meletak jawatan untuk menumpukan kepada Gerak kononnya. Shamsul Iskandar akhirnya terpilih sebagai Ketua AMK Pusat menewaskan Hasmi sewaktu pemilihan di Kongres yang berlangsung di Seremban.

Namun begitu, mengikut undian dalam blog ini mengenai siapakah yang paling layak menerajui Ketua AMK Pusat, Chegu Bard mendahului semua calon-calon yang disenaraikan dengan mendapat undi 101 (63%) daripada 160 orang yang mengundi. Tetapi ini tidak bermakna Chegu Bard akan menang sekiranya beliau bertanding Ketua AMK Pusat kerana ini adalah tinjauan dalam blog semata-mata.

Desas desus Cikgu Faris Musa menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua AMK Pusat juga bertiup kencang. Beliau kini merupakan Timbalan Ketua AMK Pusat merangkap Pengerusi P.Raya AMK Pusat.

Tahun 2008 beliau bertanding di Parlimen Kemaman menentang Shabery Chik Menteri berbuih mulut, beliau bukan tewas tapi cuma tidak menang saja...

Namun begitu beliau adalah tokoh muda PKR yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Sebab itu pada setiap pilihanraya kecil, beliau akan mengetuai jentera AMK dan akan berkampong dari mula hingga selesai mengundi.

Bagi saya ini semuanya adalah cakap-cakap dan bisik-bisik saja. Semuanya adalah sahabat seperjuangan saya juga. Sebagai 'otai' dan juga Exco AMK Pusat, siapa bertanding pun saya terima dengan hati yang terbuka. Semuanya cukup berwibawa. Semuanya sahabat-sahabat baik belaka...Sunggoh... Saya cukup yakin bila tiba masanya mereka semua mungkin akan mencapai kata sepakat dan berkompromi.

Cuma satu harapan saya, biarlah siapa juga yang akan mengetuai AMK Pusat biarlah kehadiran AMK ini dirasai. AMK harus mendepani setiap isu yang berbangkit. Suara AMK juga harus didengar oleh Pimpinan Parti. Kita tidak mahu AMK hanya dilihat sebagai 'follower' atau budak suruhan pasang poster dan bendera dan juga menjaga lalulintas sahaja. Kita mahu AMK ini 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan pimpinan parti. Tanpa peranan AMK tidak mungkin PKR mencapai tahap kedudukan seperti sekarang.


* AMK PENERAJU PERUBAHAN *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/