Beliau juga memaklumkan bahawa Najib sendiri telah menyatakan kesediaan untuk meneliti dan mengkaji akta ISA ini samada perlu dimansuhkan atau tidak. Beliau akan mengkaji dengan teliti dan mendengar semua pandangan untuk kebaikan rakyat malaysia.
Najib juga dipercayai tertekan dengan isu kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM berhubung dengan pembelian bendera malaysia bernilai RM2,400 yang kononnya dipercayai ada unsur rasuah. SPRM kini emejnya tercalar teruk di atas insiden kematian misteri ini. Apatah lagi bila SPRM secara terburu-buru dan tergesa-gesa hendak menyiasat Pimpinan Pakatan Rakyat. Takkan lah kerana kes disiasat cuma Dua Ribu Empat Ratus Ringgit (RM2,400) pun sampai nak bunuh diri? Itupun dia hanya sebagai saksi. Ini yang menjadi persoalan besar sekarang.
Adakah rakyat percaya dengan siasatan polis? Rakyat masih tidak lupa bagaimana polis menyiasat kes mata lebam Anwar Ibrahim. Di mana hasil siasatan polis ternyata tidak telus apatah lagi bila melibatkan Rahim Noor ketika itu sebagai Ketua Polis Samseng Raja Di Malaysia. Sebab itu pelbagai pihak termasuk NGO dan Gerakan sendiri yang mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyasat kes mendiang Teoh Beng Hock.
Sementara itu Khairy berkata Pemuda UMNO tidak bersetuju jika Akta ISA dihapuskan tetapi sebaliknya ia perlu dipinda. Sebagai contoh mungkin tahanan reman dapat dikurangkan dari 60 hari kepada 45 hari saja. Beliau juga berkata buat masa ini akta ISA masih relevan digunapakai di Malaysia dan ia juga masih lagi digunapakai oleh beberapa negara lain.
Kelmarin satu Malaya terkejut bila tiba-tiba Pak Lah pula bersuara kerajaan kena bersedia untuk hapuskan akta ISA yang digunakan untuk kepentingan politik semata-mata. Mungkin Pak Lah baru bangun tidur yang panjang agaknya. Pak Lah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru. Berita lanjut baca di sini.
Himpunan 1 Ogos ini untuk mansuhkan ISA ini ternyata nampak kesannya. apatah lagi dengan insiden kematian misteri mendiang Teoh beng Hock. Najib kata aku baru nak pulihkan keyakinan rakyat dengan slogan 1 Malaysia dah jadi macam ni pulak. Raplah Jingga.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/